Ringkasan bab Seni_Peperangan

Halaman hadapan buku buluh klasik Seni Peperangan dari zaman pemerintahan Maharaja Qianlong


I. Membuat Perencanaan/Perkiraan memeriksa lima faktor asas (Cara, musim, rupa bumi, kepimpinan dan pengurusan) dan tujuh unsur yang menentukan hasil pertarungan ketenteraan. Dengan memikir, menilai dan membandingkan perkara-perkara ini, seseorang panglima dapat menilai kebarangkalian kemenangannya. Penyimpangan daripada perkiraan ini, jika lazim dilakukan, akan menimbulkan kegagalan akibat tindakan yang silap. Teks menekankan bahawa peperangan ialah satu perkara yang berat bagi sesebuah negara, dan tidak patut dimulakan tanpa berfikir panjang.

II. Berperang/Cabaran menerangkan bagaimana memahami ekonomi perang, dan bagaimana kejayaan memerlukan kemenangan dalam pertempuran muktamad yang dicapai dengan pantas. Bahagian ini memeberi nasihat bahawa kempen peperangan yang berjaya memerlukan penghadan kepada persaingan dan pergeseran.

III. Strategi Serangan/Pelan Serangan menyatakan bahawa punca kekuatan ialah kesatuan dan bukan saiz, dan membincangkan lima faktor yang diperlukan buat kejayaan dalam mana-mana peperanagn. Mengikut urutan kepentingan, faktor-faktor ini ialah: Serangan, Strategi, Sekutu, Tentera, dan Bandar-bandar.

IV. Disposisi Taktikal/Tataatur menerangkan pentingnya memeprtahankan kedudukan sedia ada sehingga pemerintah mampu mara dari kedudukan ini dengan selamat. Ia mengajar pemerintah tentang pentingnya mengenali kesempatan strategik, dan mengajar agar tidak menimbulkan kesempatan bagi musuh.

V. Tenaga/Pengarahan menjelaskan penggunaan daya cipta dan pengaturan masa dalam membina momentum angkatan perang.

VI. Titik Kelemahan dan Kekuatan/Ilusi dan Realiti menerangkan bagaimana kesempatan dapat diraih daripada peluang yang hadir dalam persekitaran medan perang ekoran kelemahan musuh di sesuatu kawasan.

VII. Mengolah Gerak/Masuk Bertempur menerangkan bahaya pertempuran langsung dan bagaimana memenangi pertempuran apabila pemerintah berhadapan dengan pertempuran langsung.

VIII. Variasi Taktik/Variasi Yang Sembilan menumpukan perhatian kepada perlunya kebolehlenturan dalam gerak balas tentera. Ia menerangkan bagaimana mengatur gerak balas apabila keadaan berubah, dengan jayanya.

IX. Menuju Medan Pertempuran/Menggerakkan Ketumbukan memerikan keadaan berlainan yang mungkin dihadapi angkatan perang sewaktu bergerak merintasi kawasan musuh dan bagaimana mengatur gerak balas apabila berhadapan dengan keadaan sedimikian. Kebanyakan bahagian ini menumpukan perhatian kepada penilaian niat musuh.

X. Rupa bumi/Tataatur Mengikut Keadaan melihat tiga hambatan am (kejauhan, bahaya, dan rintangan) dan enam jenis kedudukan susulan. Setiap satu daripada enam kedudukan medan ini membawa kelebihan dan kekurangan.

XI. Keadaan Yang Sembilan/Sembilan Rupa bumi memerikan sembilan keadaan (atau tahap) yang sering dihadapi sewaktu berkempen, daripada kedudukan bertaburan kepada ketumpuan hebat yang diperlukan pemerintah bagi menanganinya.

XII. Serangan Dengan Api/Serangan Berapi menerangkan kegunaan persenjataan, khususnya kegunaan api, dan juga bagaimana memanfaatkan keadaan persekitaran. Bahagian ini juga memuatkan nasihat kepada pemerintah agar sentiasa bersabar, tidak cepat baran dan bersikap berhati-hati.

XIII. Penggunaan Pengintip/Penggunaan Bahan Intipan menumpukn perhatian kepada mengembangan sumber maklumat. Ia menjelaskan lima kelompok pengintipdan bagaimana memanfatkan penggunaan mereka.